DIPLOMASI PUBLIK MALAYSIA TERHADAP ROHINGYA

Authors

  • Jessica Ong Hai Liaw Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Abdul Hamid Moiden Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
  • Ariffin Ismail Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

Abstract

Penghapusan  etnik  atau  genosid  sudah  bermula  merupakan  satu  titik  hitam  dalam ketamadun manusia. Kata ini mula-mula digunakan pada tahun 1944 oleh Raphael Lemkin dalam bukunya  “Axis  Rule  in  Occupied  Europe”  yang  diterbitkan  di  Amerika  Syarikat.  Kata  ini  diambil dari  bahasa  Yunani  ‘????? genos’  yang bermaksud ‘ras’,  ‘bangsa’  atau ‘rakyat’  dan  bahasa  Latin ‘caedere’  yang  bererti  ‘pembunuhan’.  Penghapusan  etnik  lazimnya  dilakukan  atas  nama  agama, bangsa dan negara. Kini, walaupun manusia telah mengenal ketinggian peradaban dan mengecap kemajuan dalam bidang sains dan teknologi penghapusan etnik masih berlaku di serata dunia dan alasannya masih lagi agama, bangsa dan negara. Penghapusan etnik minoriti oleh kaum majoriti dalam sesebuah masyarakat atau negara merupakan satu bentuk penganiayaan dan pencabulan hak  asasi  manusia.  Semasa  Perang  Dunia  Kedua  (1939-1945)  tentera  Nazi  Jerman  di  bawah pimpinan  Adolf  Hitler  telah  melaksanakan  penghapusan  etnik  berbangsa  Yahudi.  Selain  itu, penghapusan etnik juga berlaku di benua Afrika iaitu Kaum Tutsi dan Kaum Hutu dibunuh secara beramai-ramai   di   Rwanda.   Dianggarkan   sebanyak   500,000   orang   dibunuh   atas   nama   dasar penghapusan  etnik  di  Rwanda.  Pada  tahun  1990-an  pula  berlaku  penghapusan  etnik  Bosnia- Herzegovina oleh Kaum Serbia di bawah pimpinan Jeneral Ratko Mladic atas nama agama. Benua Asia khususnya Asia Tenggara turut tidak terkecuali dalam hal ini. Di Myanmar, kerajaan Myanmar di  bawah  pimpinan  Aung  San  Suu  Kyi,  penerima  hadiah  Nobel  Keamanan  1991  menghalalkan penghapusan  etnik  yang  dilakukan  pihak  tentera  ke  atas  penduduk  Islam  Rohingya.  Malaysia sebagai sebuah negara ASEAN tidak dapat berdiam diri melihat tragedi kemanusiaan yang terjadi di  Rakhine.  Penghapusan  etnik  di  Myanmar  telah  mengundang  reaksi  keras  daripada  rakyat Malaysia  yang  majoritinya  beragama  Islam.  Malaysia  demi  memartabatkan  semangat  ASEAN memainkan  peranannya  melalui  diplomasi  publik  yang  sistematik  untuk  membantu  masyarakat Rohingya   tanpa   memutuskan   hubungan   diplomatik   dengan   kerajaan   Myanmar.   Kajian   yang berbentuk   kajian   konseptual   menggunakan   kaedah   rujukan   Makalah   ini   mengupas   sejarah masyarakat  Muslim  Rohingya,  faktor-faktor  penghapusan  etnik  dan  diplomasi  publik  kerajaan Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan Malaysia berjaya memainkan peranan publik diplomasinya secara  efektif  untuk  membantu  etnik  Rohingya  tanpa  mencemar  semangat  setia  kawan  ASEAN dengan negara Myanmar.

Kata Kunci: Penhapusan Etnik, Rohingya, diplomasi Publik, ASEAN, Malaysia

References

Buku

Abu Talib Ahmad. “Rohingya dan konflik etnik di Arakan (Rakhine)”, dalam “Konflik Dunia Abad ke-20”. (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008), hlm 100.

Amartya Kumar Sen. “Development as Freedom”. (Oxford University Press: United States, 1999).

Diamond, L. & McDonald, J. “Multi Track Diplomacy: A Systems Approach to Peace”, (edisi 3), (Connecticut: Kumarian Press, 1996).

Leonard, M. “Public Diplomacy”, (London: The Foreign Policy Centre, 2002).

Melissen, Jan. “The New Public Diplomacy”, (New York: Palgrave McMillan, 2005).

Robson, C. “Real World Research”, (edisi 3), (Chichester: John Wiley and Sons Ltd, 2011).

Yegar, M. “Between Integration and Secession: The Muslim Communities of the Southern”, (Lexington Books: United State of America, 2002).

Yegar, M. “Between Integration and Secession: The Muslim Communities of the Southern Philippines, Southern Thailand, Western Burma/Myanmar”, (Maryland: Lexington Books, 2002).

Website

Froyoplus. “Mengenali Etnik Rohingya di Myanmar, Serta Pertempuran Antara Islam dan Buddha”, dalam http://froyoplus.com/mengenali- etnik-rohingya-di-myanmar-serta- pertempuranantara-islam-dan- budhha.xhtml/, 26 November 2012.

King, T. “Buddhist are ethnically cleansing a minority population for the second time in 3 years: Hera’s the back story”, dalam http://www.salem-news.com/ articles/, 11 Ogos 2012.

Trochim, W. M. “The Research Methods Knowledge Base. Ed. Ke-2”, dalam http://www.socialresearchmethods

.net/kb/, 23 Mei 2019.

Berita Harian Online, 17 November 2017.

Bernama, 19 Disember 2016.

Utusan Malaysia Online, 13 September 2017.

Utusan Malaysia Online, 8 September 2017.

Utusan Malaysia Online, 20 Januari 2017.

Utusan Malaysia Online, 23 Oktober 2017. Utusan Malaysia Online, 27 September

William, J. T. & Leitich, K. A. The History of Myanmar, (ABC-CLIO, LLC, California 2013).

Downloads

Published

2020-12-19